Kamis, 11 Februari 2010

REDHAILAH ISTERIMU..






Bukan mudah meraih gelaran isteri solehah.Jika tidak disertai dengan rasa taqwa.Payah menggambarkan dan payah juga mengharungi perjuangan menjadi isteri yg sentiasa menjadi penyejuk mata dan hati si suami.
Meskipun telah lunyai buku ilmiah di tangan, walau berulang kali berazam, namun apabila tiba waktunya, hati menjadi begitu lemah melawan bisikan2 hati dan keegoan ..
“Malam ni kena masuk kerja, naik kapal..urgent matter”Bersungguh kata suami walaupun di wajah terpancar kepenatan ekoran seharian bekerja.

Aku mengangguk jua walaupun sukar melepaskan suami pergi.
“Sampai pukul berapa?”Tanyaku resah.
“Tengok keadaan, mungkin jejak pukul 11 @ 12mlm”Kata suami lagi.
Aku diam.Cuba memujuk hati untuk terima kenyataan walau hati sedikit bimbang..
“Sayang..kerja tak settle lagi, maybe abang kena stay”.Begitulah lebih kurang SMS suami yg ku terima sewaktu jam 12 malam..
Hati rasa begitu sakit sewaktu itu.Sukarnya melalui kesunyian itu.Kerana setiap hari, susuk tubuh inilah yang kurindu .Seharian di rumah tidak membuat hati jemu menanti kepulangnya.Menjelang petang, dada sudah berdebar2, mata tidak henti2 mengerling ke luar tingkap.
Dan pabila susuk tubuh si suami kelihatan, hati begitu berbunga riang..Hilang rasanya kepenatan seharian melakukan kerja2 rumah dan melayan anak.Apatah lagi melihat si kecil melonjak riang kerana merindui seorang lelaki yang bernama ayah.
Tetapi apabila berhadapan dengan situasi ini, hati jadi marah, hampa dan kecewa..
Sunyinya diri ini.Kerana jauh dengan keluarga dan saudara mara.Hanya suami sahajalah tempat bergantung.Tempat untuk meluah isi hati dan tempat bermanja..
Aku menepuk2 Azwa yang terbaring sambil mata terkebil2 menahan ngantuk.Apalah si kecil ini tahu..dia tidak kenal erti kesunyian kerana diri masih terlalu kecil untuk memahaminya..walaupun dia penawar hati tapi tetap tidak sama dengan kehadiran ayahnya..

Sudahnya malam itu kami tidur berdua di ruang tamu di tingkat bawah.Sementara SMS suami kubiarkan sepi..
Sepanjang malam, aku tidak dapat melelapkan mata.Merajuk benar dengan suami sehinggakan beberapa SMS maafnya tidak kuhiraukan.
Namun jauh di lubuk hati, aku mohon Allah memberikan keselamatan untk suami, kerana doa ini memang tidak pernah lekang di bibir setiap kali merinduinya.

“Jangan risau, kalau abang kerja mcm ni, esok abang cuti”Satu lagi SMS suami ku terima.Kali ini aku sudah boleh merasa lapang.Bibir mampu tersenyum sedikt.
Walaupun perasaan bimbang masih bertapak di hati..Bimbang juga dengan kudrat yg tidak seberapa untuk melawan kemungkinan2 yg datang.Hny zikir dan doa menjadi penguat hati..
Pukul 4.35 pagi..
Berderum enjin kereta di luar .Lena yg tidak seberapa dikejutkan.Salam ku sambut acuh dengan tidak.
Namun..air mata seakan mahu berderai takala melihatkan tubuh suami kedinginan.Basah kuyup dengan air..hilang semua rasa geramku.Melayang semua rasa rajukku..
Ya Allah..apalah yg aku fikirkan.Suami pergi mencari rezeki..bukannya pergi berseronok dan berpoya2.Kalau suami pening sekalipun, kerana memikirkan kerjanya, bukan perempuan lain
Timbul penyesalan yang tidak terhingga.Suami kusambut dengan perasaan simpati dan kesal…
Esoknya, suami sempat tidur 1jam, dan setelah solat subuh, suami berangkat lagi ke tempat kerja.Katanya sekejap sj.Ada mesyurat yg perlu di hadiri.
Aku tidak bertanya lagi.Tidak juga merungut.Cuma sempat memberi kata2 semangat kepadanya.Tidak pula cuba mengungkit apa yg di katakana malam tadi..
Entahlah..sebagai isteri, bukan mudah menolak segalanya.Memang selalu ingin taat, tapi kadang2 hati mudah alpa.Ditambah dgn bisikan syaitan.Sedangkan apa yg aku lalui tidak sehebat wanita lain.
Aku teringat perihal ibu.Dia sering ditinggalkan selang sehari kerana tuntutan keadilan dalam poligami..tapi ibu sangat tabah dan redha.Sedangkan aku??
“Jika ayang pergi dulu, redha tak abang pada ayang”Selalu aku bertanyakan suami hal ini.Walaupun suami masam mencuka bila ditanya begitu.
Memang ajal maut di tangan tuhan tapi jangan ditanya2 mcm tu.Begitulah ulas suami.
Tapi aku tetap ingin tahu kerana merasakan terlalu banyak dosa dengan suami..
“Tentulah abang redha ”Kata2 berbaur jaminan selalu membuat hati lega..tapi kelemahan diri masih ada dan sukar menepisnya..
Tidak mungkin menjadi sesabar isteri2 nabi, kalau diri tidak punya kekuatan iman yg tinggi.Bimbangnya menghuni neraka kerana tidak diredhai suami..hati kembali mengeluh..resah dan air mata mengalir buat kesekian kalinya…



Anda mungkin juga meminati:

Tidak ada komentar:

Posting Komentar