Kamis, 11 Februari 2010

Jadilah permata..

Seringkali hati berbicara.Kadang mengeluh..

melihatkan anak anak muda perempuan yang tidak lagi mahu kenal erti malu.Yang suka mengeluarkan kata2 kesat dari bibir yang manis.

Sedangkan Allah mengurniakan bibir itu bukanlah untuk mengeluarkan kata2 nista, kata2 keji, kata2 yang sia2 dan penuh dengan dosa.

Hati meruntun hiba.Sudah berkali2 terserempak dengan anak gadis yang tidak segan segan berbicara sedemikian.Bukannya dikalangan diri mereka tapi di khalayak ramai.Terpekik dan terlolong.Bersama pakaian yang tidak cukup melekat di tubuh..Sungguh menyedihkan..

Terkadang rasa marah dan terkilan melihat si gadis2 yang sepatutnya berada di rumah.Membantu ibu dan ayah atau setidak tidaknya kekal sahaja dirumah.Agar tidak ada syaitan yang menggoda..Agar syaitan kebuntuan mencari jalan untuk menyesatkan.

Sedih..Inikah generasi kaum hawa di masa2 akan datang.Adakah gadis yang tidak punya rasa malu ini yang akan menjadi isteri2 dan ibu2 kepada generasi akan datang.Merekakah??

Entahlah..Kenapa hati sering berkeras mahu meluahkan.

Setiap kali melihat anak2 remaja perempuan, ingin shj aku mendekati mereka.Menasihati mereka.Menyuruh mereka mengekalkan rasa MALU.Pulang dan bertaubatlah..

Kerana apa ya? Kerana mungkin aku jua punya anak perempuan.Risau kalau kawan2 jenis ini yg dipilih nanti untuk menjadi teman..Kerana aku mahukan anak2 perempuanku dan anak2 orang lain juga punya sifat MALU..

Ya! Sifat MALU yg sangat sinonim dengan wanita.Sifat malu yang seharusnya ada.Yang jadi salah satu dari nilai peribadi mereka.

Tapi selalunya aku tidak mampu.Hanya merungut dalam hati dan berdoa agar mereka pulang ke pangkal jalan.Itulah selemah2 iman yg aku miliki.

"Kalau aku, setakat perempuan yang rambut perang, yang seksi ni, setakat untuk main2 je".Ujar seorang lelaki dalam kelasku.

Aku berlagak biasa walaupun ada rasa marah menyelit di hati kecil.Tak rela jika kaumku dipandang sebegitu rendah..

"Habis tu,kau nak yang macam mana?"Tanyaku lanjut.

Aku sebenarnya teringin tahu apa yang tersirat dalam hati2 lelaki2 diluar sana.Adakah hanya kecantikan yang dilihat untuk menjadi pendamping hidup mereka?Atau adakah sesuatu yang lain yang dicari..?

"Tentulah yang baik, yang solehah"

Hai..tak sangka juga hamba Allah yang seorang ni masih teringin punya isteri solehah, Hampir tergelak juga mendengarnya.

"Habis tu makwe kau sekarang yang macam mana?"Tanyaku lagi menguji.

"Makwe aku yang sebenar ada sorang je, tu yg aku simpan elok2 dalam peti kaca. macam kristal tak boleh diusik, tak boleh disentuh.."Jawab si lelaki dengan penuh semangat.

Nak termuntah pun ada rasanya mendengar pengakuan hamba Allah yang seorang ni.Tapi jauh di sudut hati, mengiyakan kata2nya.Walaupun kasihan dengan nasib si gadis yang sering dibawa hanya untuk suka2 sahaja.

Tapi siapakah yang harus disalahkan?Bukankah diri si gadis yang mengundang keadaan itu?

Benarkah si gadis?

Memang sifat dan keadaan wanita itu sendiri punya banyak perumpamaan tertentu yang diberi.Baik yang suka didengar mahupun tidak suka.Tapi itulah hakikat yang kaum kita hadapi.

Ada yang mengatakan perempuan ibarat makanan.kalau yang tidak menutup aurat, diibaratkan makanan yang terdedah.Siapa2 boleh makan dan usik.Tapi wanita solehah pula, ibarat makanan yang berbungkus.Hanya orang yang membelinya sahaja yang dapat merasai dan menikmatinya.

Ada juga mengumpamakan wanita sebagai buku dikedai.Buku yang mahal dibungkus cantik-cantik dan diletakkan dalam rak kaca.Sedangkan yang murah, diletakkan di rak2 bawah dan tidak berbungkus.Sesiapa jua boleh mengambil, membelek dan jika tidak mahu pun tidak mengapa..

Dan macam2 lagilah perumpamaan yang aku dengar.Tapi selalunya kita perlu tanya pada diri kita, kita termasuk yang mana?Adakah yang satu dalam seribu atau termasuk dalam yang beribu2 yang boleh dapat di mana-mana?

Yang mana?

Nilaikan dirimu wahai anak gadis?Sesuai dengan akhlak dan peribadimu..

Kekalkanlah MALUmu.Agar generasi yang mendatang generasi yang cantik susur galurnya.Generasi yang punya nasab keturunannya.Yang berilmu.Yang berakhlak..yang terjaga maruahnya.

Bukan anak yang dilahirkan untuk dihabiskan nyawanya..

Fikirkanlah wanita,wahai anak2 gadis yang belum mengenal erti cinta.Peliharalah MALUmu.KESUCIANmu.Kerana ia sangat brharga untuk dinilai...

JADILAH PERMATA BUKAN kaca..
Sekadar berkongsi..Wallahualam..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar