Sabtu, 13 Februari 2010

Ayam Goreng Bawang Putih

Resepi Ayam Goreng Bawang Putih ni agak mudah. Bahan-bahannya pun senang di dapati. Sebagai resepi alternatif kepada ayam goreng biasa atau ayam goreng berempah.


Bahan Untuk Perap Ayam
6-8 ketul ayam
3 ulas bawang putih ditumbuk
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa

Bahan untuk tepung
2 cawan tepung jagung
3 ulas bawang putih ditumbuk
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa

Cara
Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam
Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas
Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar