Sabtu, 13 Februari 2010

Ayam Masak Cendawan

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
8 keping Cendawan hitam – direndam 1/2 jam
1 inci halia – dihiris
1 biji bawang besar – dihiris
6 ulas bawang putih – dicincang
4 ~ 5 tangkai cili padi
Sedikit kicap lemak manis
Sedikit sos tiram

Cara memasak:
Ayam dibasuh dan dipotong kecil-kecil. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang).
Panaskan minyak dan tumis halia. Bila sudah naik bau (halia menjadi kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tidak dibuang pun tak mengapa.
Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sebentar.
Masukkan kicap dan sos tiram. Tidak perlu diletakkan garam kerana sos tiram sudah memberikan rasa masin. Kacau sebati.
Selepas tu, masukkan air secukupnya mengikut kesukaan.
Bila sudah mendidih, masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar