Senin, 15 Februari 2010

RENUNGAN..


miza

Fikirkan bersama..

> Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1) Ayahnya

> Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2.) Suaminya

> Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki ygbukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)

3) Abang-abangnya

> Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga

maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara

lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaranIslam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4) Anak2 lelakinya

> Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

> Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."

WALLAHUALAM....

PEREMPUAN LAWA VS PEREMPUAN X LAWA..




LAWANYA DI HATI...


Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman...
kalau perempuan tak lawa pendiam..
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...

kalau perempuan lawa berbuat jahat..
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman
nih...kesian..
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat..
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak
huduh...

kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu..
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu..
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu..

kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem..
Lelaki akan kata: ok gak la....
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem..
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih..
Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...

kalau perempuan lawa penyayang binatang..
Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang..
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang..
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau perempuan lawa bawa BMW..
Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....
kalau perempuan tak lawa bawa BMW..
Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih.....

kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar..
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar ..
Lelaki akan kata: sedar pun diri...

kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki..
Lelaki akan cakap: caring sungguh....
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki..
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....

kalau perempuan lawa bersedih hati..
Lelaki akan cakap: dont worry..i will make u happy forever..
kalau perempuan tak lawa bersedih hati Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...

kalau perempuan lawa masak..
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu...
kalau perempuan tak lawa masak..
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????

kalau perempuan lawa main2 miss call..
Lelaki akan kata: takpe...
kalau perempuan tak lawa main2 miss call..
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau.

kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: sukenya....
kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: balik2 email dia...boring

Hehehe...betul kerr

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA....





Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang….
TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN..
tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat..
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya..
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN..
yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA..
itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”....

LELAKI SEJATI..





Bagaimanakah lelaki sejati?


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada di sebalik itu…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dinikahinya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…

Sabar itu iman…
Duit bukan kawan…
Dunia hanya pinjaman…
Mati tak berteman…

“Manusia Hawa diciptakan dari rusuk Adam. Bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalasnya, tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengan untuk dilindungi dan juga dekat dengan hatinya untuk Dicintai dan dikasihi serta disayangi.”

WALLAHUALAM...

TAHUKAH ANDA KENAPA WANITA CEPAT NAMPAK TUA DN TAK MENARIK..






Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk... Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1)Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis.

(Tapi si suami.. layan jer sambung makan, buat2 x dengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2.)

2)Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir. Membazir tu kan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!"

3)Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus.kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya.wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker... x kan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting,minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.

4)Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah2... dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua..

Kesimpulannya...wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..

WALLAHUALAM..

PENGAJARAN...





Salam maria..

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah..

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya
“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”
” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i)Solat sunat
ii)puasa sunat
iii)berzikir
iv)bersedekah
v)mengusap rambut anak yatim
vi)mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii)membantu orang susah

WASSALAM...

AMBIL IKTIBAR...


 

PENGALAMAN SEORANG ISTERI..

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.

Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik.
Tidak keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.

Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.

Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama.

Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa. Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan.

Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa.

Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami. Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.

Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan.

Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat.

Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang hati saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu.

Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur.

Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.

Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi.

Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya. Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab.

Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya.

Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini.

Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meinta maaf daripadanya.

Sabda Rasulullah s. a. w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."

Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah.

Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka.

Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya ... semoga Allah perkenankannya.

WASSALAM..

PENGALAMAN MEMANDIKAN JENAZAH




>Pengalaman seorang teman memandikan jenazah


>Sebenarnya saya sgt penakut... sejak kecil hinggalah dah menghampiri usia senja takut saya memang tak bertempat..dengar muzik seram pun saya tak boleh....Takut gila orang kata... kalau kena sergah pun boleh lemah kepala lutut....Apa lagi nak tengok cite hantu... eehh tak sanggup saya ... nanti tak tidur malam berbulan2...

>Yang pasti kalau pegi hospital saya memang tak nak tengok pun sign board"RUMAHMAYAT".Seram dibuatnya.. macam2 yang saya bayangkan...kalau boleh lalu jalan lain lagi baik...

>Baru-baru ini surau kawasan saya ada menganjurkan kursus pengurusan jenazah untuk penduduk setempat.Saya turut mendaftar dengan niat untuk belajar dan mendapatkan ilmu.Selama ni,tengok orang2 tua je ambil kursus ni,tapi sedar tak sedar kita pun dah tua...kena juga ambil tahu pasal FARDU KIFAYAH ni...

>Ingatkan kursus tu dengar ceramah dan buat demo je... masa tu tak rasa apa2 pun... sebab yang kena bungkus tu pun kawan2 sendiri...Bila dah tamat kursus tu... tak sangka pula Ustazah mempelawa sesiapa yang berminat untuk menguruskan jenazah sebenar (tanpa waris) di hospital yang tertentu..

>Ramai yang tak sanggup ... sbb kita sendiri tak tahu macamana dan siapa yang akan kita uruskan... semuanya bagi komen negative..Tengok kawan2 yang bagi nama.... Saya berada di persimpangan.. nak ke??

>Suara2 negative terus kedengaran... isshh macam2 dia orang dok mengomel....Sanggup ke?? Issh... seumur hidup saya tak pernah mengadap atau membantu kerja2 kematian. Kalau ada kematian ahli keluarga pun saya tiba selepas semuanya selesai... maklumlah kampong kita nun jauh di sana.... macamana eekk...

>Aahh... peduli lah orang nak cakap apa..ikut gerak hati lebih baik..bagi je lah nama..genap seminggu jiran saya terima call, peluang untuk menguruskan jenazah
tanpa waris...di sebuah hospital. saya tak mahu fikir yang bukan2..terus bagi jawapan YA....

>Ya ALLAH kuatkan hati ku..aku ini sangat lemah... aku sangat takut...sempat juga saya minta tip dan pantang larang dalam menguruskan jenazah dari kawan2 yang senior.. allahamdulillah ada juga kawan2 yang berpengalaman bagi sokongan..

>Hari yang ditunggu sudah tiba.. sebelum keluar rumah saya solat hajat 2 rakaat semuga tuhan beri kekuatan dan ketenangan pada saya...

>Tiba di lokasi.... Ada 3 orang dari jabatan agama sudah menanti. Pertama kali memasuki bilik persiapan jenazah.. fikiran kosong... yang saya nampak kain kapan yang sudah siap dipotong... surah yasin.. tempat pemandian jenazah yang masih kosong...saya minta diri ke bilik air...

>Bila kembali ke bilik tersebut... jenazah sudah berada di depan mata.... saya mengigil pertama kali melihat jenazah berbalut kain putih di hadapan mata....dan
mencium bau mayat buat pertama kalinya...apa lagi mayat yang entah berapa lama disimpan.....maklumlah tiada waris yang menuntut dan kita pun tidak dibagi tau camana dia meninggal atau di jumpai...

>Perasaan takut mula menerpa... serba salah dibuatnya....kenapa aku berada di sini... suasana terasa amat asing....... Sebelah kaki melangkah ke depan... sebelah lagi mahu lari jauh-jauh... tapi bila melihat semuanya memulakan tugas dengan senyuman sedikit demi sedikit perasaan gementar hilang...

> Saya tak dapat bayangkan, bila kain putih dibuka nanti... macamana rupa jenazah itu... tiada tempat untuk saya melarikan pandangan lagi...Ya ALLAH kuatkan hati sehingga selesai tugasan ini....

> Nasib baik ada seorang gadis yang lebih muda dan lebih berpengalaman menguruskan jenazah dari saya ada di situ... malu gak kalau ... alih2 kita pula yang melompat keluar...

>Bila kerja memandikan jenazah dimulakan.. saya berdiri di belakang sedikit... dan mula melihat kearah hujung kaki jenazah... dari situ saya mula mengumpul kekuatan untuk membantu ..... dan kuatkan hati untuk menatap wajah jenazah.... ALLAHAMDULILLAH... bila saat mengiring dan membasuh muka jenazah saya sudah hilang gementar... saya hanya berselawat dan berdoa semoga dosa2 simati diampunkan... Selesai dimandikan, jenazah diwudukkan kemudian dikapankan sebaik mungkin... tugas saya sudah selesai.....

(PENTING... SEPANJANG MEMANDIKAN JENAZAH SELURUH BADAN DITUTUP DENGAN KAIN
PUTIH (KAIN MANDI JENAZAH).. TEMPAT2 SENSITIF HANYA SORANG SAJA YANG MENGURUSKAN...SO JANGAN INGAT KITA BOLEH SESUKA HATI NK TENGOK PART2
SECRET.INGAT.. MENJAGA AURAT/AIB SI MATI SAMALAH KETIKA MEREKA HIDUP DI ATAS DUNIA...)

>Saya kembali ke rumah dengan mengucapkan syukur pada Allah dengan bersolat sunat kerana menguatkan hati sepanjang tugasan ini. Bila malam perasaan takut menerpa lagi, takut diganggu mimpi atau bayangan yang bukan2... tapi syukur selepas beberapa hari semuanya selamat.

>Selepas peristiwa itu, perpersi saya terhadap kematian sudah berubah...kenapa kita sangat takut dengan mayat.... Sebenarnya kita tak takut dengan mayat...tapi kita mula mengasingkan orang yang pernah kita sayangi...sanjungi.. hormati... bila kematian menjemput!!!! Kita anggap orang yang mati akan bertukar menjadi hantu... yang akan menganggu hidup kita...wajah orang yang mati pun kita tak sanggup tengok,,, pada kita wajah orang mati menakutkan dan mengerikan ,, kesian lah kat orang yang mati tu... hormatilah jenazah sebagaimana kita menghormati dia ketika
hidup...yang pasti orang yang mati tidak memberi mudarat pada kita yang hidup...

>Yang banyak terjadi ialah gangguan syaitan, lebih2 ketika saat kematian dan selepasnya.Bacalah ayat kursi untuk pendinding dari syaitan.

>Mungkin ada yang tak tahu kenapa mata mayat terbuka dan mulut ternganga...yang tak tahu macam saya mesti fikir yang bukan2 pasal simati..

>Yang sebenarnya mata yang terbuka... mulut yang ternganga selepas kematian adalah kerna mengikut ROH nya keluar..........Bukan kempunan tak dapat makan ke,,, tak dpt jumpe orang tersayang ke ...atau apa saja yang kita fikirkan sebelum ini....

>Usah lah kita menghina cacat cela atau bau yang kurang enak pada simati...kita sendiri pun tak pasti macamana keadaan kita bila mati nanti... mati sakit ke??? Mati tua ke??? Mati accident ke??? Mati lemas ke???? Yang pasti walau macamana cara pun kita dimatikan... hanya amalan yang jadi bekalan... bukan paras rupa dan harta benda yang dibawa... hanya kain putih yang membaluti tubuh ...

>Orang yang mati pun punya maruah dan aurat untuk dijaga.Jangan sekali2 membuka aurat simati jika tidak diperlukan...apa lagi bercerita tentang cacat cela semasa hidup atau mati,,,

>Sementara hidup ... hiasi lah wajah kita dengan wuduk yang sempurna sepanjang masa, basahi lah lidah kita dengan zikirullah... ikhlaskan hati ketika membuat perkara2 yang baik.... Rajin-rajin lah bersolat malam...untuk menerangi alam kubur. Saya berpesan untuk diri saya sendiri dan kawan2 yang disayangi.

>Yang pasti... yang kita takut ialah kematian....bukan mayat... sebab bila kita mati kita pun akan jadi mayat... kita pun memerlukan orang yang hidup menguruskan kita hingga ke tanah perkuburan.Apa perasaan kita kalau tak ada orang uruskan jenazah ahli keluarga kita kononnya takut terkena badi mayat...atau tak tahu langsung cara2 menguruskan jenazah...

>Syukur pada ALLAH kerana masih memanjangkan umur kita hingga ke hari ini... bertaubatlah... beramal lah sebanyak dan sebaik mungkin...untuk bekalan dihari yang tiada lagi jual beli dan tebusan!!!!

>Yang baik itu dari ALLAH... salah dan silap itu dari kelemahan saya sendri... ini hanya lah secebis pengalaman peribadi untuk dikongsi...peringatan bagi diri saya sendiri!!!

WALLAHUALAM..

MASIH SUAMI ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT..

.



MASIH SUAMI-ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT?


1)Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh
Allah S.W.T di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2)Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin
sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah S.W.T dengan lelaki daripada ahli syurga.

3)Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga..

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang lelaki yang masuk syurga.

4)Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin...

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5)Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya...

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6)Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya...

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin.Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah S.A.W bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

WALLAHU

MASIH SUAMI ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT..





MASIH SUAMI-ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT?


1)Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh
Allah S.W.T di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2)Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin
sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah S.W.T dengan lelaki daripada ahli syurga.

3)Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga..

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang lelaki yang masuk syurga.

4)Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin...

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5)Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya...

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6)Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya...

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin.Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah S.A.W bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

WALLAHU

CUBA BACA DAN FAHAMKAN...

 

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan
nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !

PERTAMA...

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya,kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari.Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT .

Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.

KELIMA.

Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.

KEENAM.

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH...

Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN..

Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN...

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang.Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman.Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari,lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'

KEEMPATBELAS.

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.

Ucaplah "semoga anda diberkati"apabila mendengar org bersin.

KEENAMBELAS.

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.

Berpeganglah kepada tiga R:
1)
Rasa hormat pada diri sendiri;
2)
Rasa hormat kepada orang lain;
3)
Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH...

Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUHSATU...

Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

sekadar informasi...

Assalamualaikum wbt semua muslimin .


Kubis bulat memang digemari ramai di Malaysia ini. Jikalau hendak melihat buktinya, tunggu sahaja di pintu keluar pasar, perhatikan bakul membeli belah dan perhatikanlah sayur kubis yang dibeli. Kubis murah harganya dan tahan lama.

Satu lagi cara untuk melihat betapa orang Malaysia amat gemar dengan sayur kubis ini ialah dengan melihat sayur yang dihidangkan direstoran atau gerai makan, pastinya kubis menjadi salah satu hidangan disitu. Kubis juga menjadi komponen utama dalam “coleslaw” di KFC dan juga kandungan utama burger dan kebab. Siapa yang suka makan lontong, kalau tidak ada kubis dalam sayurnya, maka itu bukan lontonglah. Pendek kata kubis digunakan dipelbagai masakan.

Satu ketika sewaktu makan di sebuah restoran yang kerap saya kunjungi, saya memerhatikan seorang perempuan pelayan restoran tersebut sedang enak makan tengahari dengan berulamkan kubis rebus bercecahkan sambal belacan. Sungguh berselera perempuan ini menghabiskan makanannya.

Perempuan ini sudah berkahwin. Saya memandangnya dengan penuh sayu dan sedih kerana memikirkan akibat dari memakan sayur kubis tersebut. Kemudian saya terpandang seorang pelayan lelaki berasal dari Indonesia yang saya kenal. Saya bertanya kepada pelayan lelaki ini “Mat engkau makan kubis tak?”.

Mat menjawab “Saya tak makan”.

Saya bertanya lagi “Kenapa tak makan kubis, bukankah kawan engkau tu sedang enak makan sayur kubis?”

“Bapa saya tak bagi makan kubis” jawab Mat ringkas.

“Kenapa bapa engkau tak bagi makan kubis?” saya menyambung soalan.

“Entah, saya pun tak tahu tapi saya ikut saja cakap bapa saya” Mat menyambung perbualan.

Dari perbualan ringkas saya dengan Mat iaitu seorang pelayan di restoran yang berasal dari Indonesia, dapat saya rumuskan bahawa masih ada segelintir manusia di Malaysia ini yang masih mengamalkan petua orang tua agar tidak makan kubis.

Namun apa yang saya sedih ialah Mat ini tidak tahu apa kesan kalau makan kubis ini. Dari penyelidikan ke atas para pelajar saya, memang sah tidak sampai 2% dari mereka ini yang tidak makan kubis. Majoriti memang suka makan kubis dan setengahnya sangat suka kubis dan ada pula yang setiap hari hanya makan sayur kubis, subhanallah.

Apakah sebenarnya kesan apabila manusia memakan kubis? Jawapannya adalah SEKIRANYA SESEORANG MAKAN KUBIS, IA AKAN MENYEBABKAN KEPUTIHAN KELUAR DARI KEMALUANNYA.

Apabila disebut sahaja keputihan ramai orang perempuan memang tahu apa bendanya kerana kini ia menjadi masalah yang lumrah pada kebanyakan perempuan sama ada anak dara atau yang sudah berkahwin. Fakta ini diakui oleh seorang doktor wanita pakar sakit puan yang dipanggil untuk membincangkan masalah sakit puan di TV3 satu masa dahulu.

Doktor perempuan pakar sakit puan ini berkata “Penyakit keputihan adalah penyakit normal yang dihidapi oleh orang perempuan. Ia hanya akan mendatangkan masalah apabila kuantiti keputihan yang dikeluarkan ini terlalu banyak hingga menyebabkan secondary infection”. Dari kenyataan doktor perempuan ini, apa yang dapat disimpulkan di sini ialah bahawa doktor perempuan ini juga mengalami masalah keputihan.

Keputihan yang keluar dari kemaluan perempuan ini sememangnya mendatangkan pelbagai masalah. Keputihan ini menyebabkan bau yang amat tidak menyenangkan kepada wanita itu sendiri mahupun kepada sang suami. Sekiranya kuantiti keputihan yang dikeluarkan adalah banyak, ia bakal mengundang jangkitan penyakit lain seperti gatal yang amat sangat. Ini adalah disebabkan keputihan ini sebenarnya adalah protin yang dikeluarkan dari dinding kemaluan perempuan akibat dari memakan kubis ini.

Protin keputihan ini adalah satu medium yang amat digemari oleh mikro organisma seperti kulat dan bakteria. Kedudukan keputihan yang dikeluarkan melalui kemaluan ini begitu tersorok dan sangat lembap dan faktor-faktor ini semua mengundang kulat dan bakteria untuk tumbuh di atasnya yang seterusnya menyebabkan kegatalan yang serius.

Kebanyakan para doktor termasuk doktor perempuan pakar sakit puan yang di panggil TV3 di atas tidak mengetahui tentang punca penyakit keputihan pada orang perempuan. Bila orang perempuan berjumpa doktor untuk rawatan masalah keputihan, doktor akan memberikan berbagai ubat termasuk krim untuk disapukan di kemaluan, namun semua ini tidak membantu kerana kemaluan terus mengeluarkan keputihan.

Perempuan yang sudah mengalami kegatalan disebabkan keputihan ini seterusnya akan menghadapi masalah kegatalan yang amat serius apabila mereka makan udang, ketam, sotong atau kerang. Masalah kegatalan ini menyebabkan masalah yang lebih rumit lagi iaitu seorang isteri tidak mampu atau minat untuk melayan suami dan ini pastinya mengundang rantaian masalah lain.

Masalah keputihan yang serius juga sebenarnya mengundang satu lagi masalah yang lebih rumit iaitu MIGRAIN di bahagian tertentu kepala. Masalah keputihan peringkat serius ini sebenarnya mengakibatkan kemaluan jadi amat tidak selesa dan seakan-akan berdenyut. Gigi kalau sakit, kepala juga sakit. Kalau badan demam, kepala pun sakit. Dengan kaedah yang sama ini, bila kemaluan wanita meragam ia mengakibatkan migrain. Perempuan yang migrain ini kalau sudah berkahwin, bayangkanlah bagaimana mereka hendak melayan suami serta menguruskan rumah tangga dan anak-anak.

Satu perkara yang para isteri perlu mengetahuinya ialah keputihan ini menghilangkan nafsu suami ketika ingin bersama kerana baunya yang tidak selesa serta kesan lain yang agak memalukan untuk diceritakan di sini. Cukuplah dengan perkataan bahawa suami akan loya selepas bersama isteri apabila melihat kemaluannya.

Begitu sekali parahnya akibat memakan kubis. Cara mencegah keputihan amat mudah, iaitu JANGAN MAKAN KUBIS ATAU KUAH YANG MENGANDUNGI KUBIS.

Adakah keputihan menyebabkan keputihan kepada kaum wanita sahaja? Jawapannya ialah keputihan juga menyerang kaum lelaki. Kanak-kanak lelaki yang suka makan kubis apabila bersunat akan mengalami masalah BUTA pada kemaluannya. Buta kemaluan ialah satu kes di mana selaput kulit yang bakal di potong sewaktu bersunat melekat kepada bahagian kepala kemaluan lelaki dan bahan yang menjadi pelekat ini ialah keputihan.

Jikalau pada wanita, keputihan dikeluarkan pada dinding vagina, keputihan pada lelaki dikeluarkan di sekitar pangkal kepala kemaluan. Inilah antara hikmah Allah menggalakkan lelaki bersunat agar lebih mudah bagi mereka untuk membersihkan kemaluan dari keputihan. Kini orang bukan Islam juga gemar bersunat dengan alasan yang sama. Keputihan pada lelaki mengakibatkan bau amat busuk setiap kali membuka seluar dalam. Seluar dalam juga kotor di bahagian kemaluan akibat keputihan ini akan menjadi daki yang berwarna hitam.

Selain dari masalah yang telah dinyatakan di atas, keputihan juga menyebabkan kulit menjadi kering dan mengakibatkan sukar menambah berat. Ini dapat dijelaskan dengan mudah kerana sebagaimana telah dijelaskan di atas, keputihan adalah protein. Begitu juga putih telur adalah kaya protein dan warnanya juga adalah putih.

Protein yang disingkirkan melalui kemaluan ini sebenarnya amat diperlukan oleh tubuh tetapi akibat memakan kubis, protein ini dikeluarkan sebagai keputihan. Jadi walaupun seseorang banyak makan sumber berprotein, akibat mengambil kubis, protein mustahak ini dikeluarkadari tubuh sebagai keputihan dan alangkah membazirnya proses ini.

WALLAHUALAM..

PERTEMBUNGAN ANTARA SAINS MODEN DENGAN ILMU WAHYU (AL-QURAN) & HADIS

Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman seorang guru yg begitu mempercayai ilmu sains..

Dengan izin Allah saya mendapat anak pertama dan begitu menyanyanginya..kerana sayang saya memberikan anak manja ini makanan rapu. Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikan Nya.

Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan .

Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang. Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh.

Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman" . Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan
mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

1)Hati

2)Paru-paru

3)Perut

4)Hempedal

5)Buah pinggang

6)Jantung

7)Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam

8) Telur ikan

9) etc.

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini . Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?

Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah,beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah . Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam . Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami.

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya . Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot . Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya . Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil
darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak.

Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas . Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia).

Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun . Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?
Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7.

Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun . Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.
Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih.Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital .
Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama . Arwah guru saya menasihati agar:

1) Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya

2) Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang,
double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya

3) Elakkan minuman bergas

4) Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah

5) Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.

6) Makan buah delima

7) Makan epal hijau

Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata , akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah . Syukur
Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.

Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia . Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).
Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara
senyap.

Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja . Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati . Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan .

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan Rasul Nya saja yang mengetahui dengan tepat . Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun .
Subhanallah.

Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden . Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati .

PUDING CENDOL ,,,,,,,,,,http://secubitgaramnor67.blogspot.com/


Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )
Bagi Lapisan Bawah
500ml air
180gm gula pasir
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
500gm cendol
sedikit garam
Bagi Lapisan Atas
500ml air
200gm gula merah
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
1 biji kuning telur
sedikit garam

Bagi Lapisan Bawah
Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
Bagi Lapisan Atas
Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.
Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan

KAILAN OYSTER FLAVOURED SOUCE


BAHAN BAHANNYA


250 gram daging (di rebus hingga empuk dan potong nipis2).
jgn buang buang air rebusan daging tadi.
3 batang sayur kailan (di bersih dan potong sesuka hati).
3 sudu besar sos tiram.
1 sudu besar lada hitam(di tumbuk kasar).
1 sudu besar tepung jagung di bancuh dgn sedikit air.
4 ulas bawang putih (di cincang kasar2)
2 cawan air.
sedikit minyak masak.
http://mamasyipah.blogspot.com/?zx=fc08a276258c07f4

CARA MEMBUATNYA


1. Panaskan minyak masukkan bawang putih.
2. Tumis bawang hingga kekuningan.
3. Masuk daging bersama air rebusan tadi.
4. Masukkan air, biar mendidih.
5. Masuk sos tiram dan lada hitam.
6. Lepas tu masuk sayur kailan kacau sekejap.
7. Masukkan pula tepung jagung yang telah
di bancuh dgn air tadi.Kacau dan angkat .
8. Siap utk di hidang.Sedap di makan panas2.

Chocolate Chip Muffin Resepi dari MyResepi.com

Bahan-bahan: ( lebih 20 biji..ikut size cup )
250 gm tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko
175 gm gula
150 gm coklat cip
250 ml susu segar
90 ml minyak
1 biji telur A
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
1. Gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk.
2. Gaul bahan basah dalam mangkuk lain dan masukkan campuran bahan kering tadi. Gaul rata, masukkan coklat cip, gaul lagi.
3. Letak dalam papercup, tabur coklat cip lagi jika suka. CT bakar dengan suhu 180C selama 20-25minit. Bergantung pada oven masing2 ya.

Muffin Coklat Kukus

Resepi dari Maklang Azie

Bahan A:
2 cwn susu cair
1 cwn minyak atau 250g butter cair
1 3/4 cwn gula castor
1 biji telur

Bahan B: (di ayak)
250gm tepung superfine atau tepung gandum
50gm serbuk koko
1 sudu teh bpowder
1 sudu teh sodium bikarbonat
1 sudu besar emulco

Cara-cara:
1. Satukan bahan A dan kacau sebati, guna whisker saje
2. Masukkan bahan B dan gaul rata, tuang dalam cawan muffin
3. Kukus selama 10 minit

Tips :
Utk dptkan muffin pecah 4 ni, air kukusan hendaklah dipanaskan hingga mendidih dengan api besar dan jarakkan ruang muffin antara satu sama lain supaya kesemua muffin masak dgn elok.



CT Delima

Kuih Moden, Muffin

http://taman-syurga-abadi.blogspot.com/search/label/Apam

Apam Mekar
Resepi dari Hanieliza

Bahan-bahan:
250 gm gula
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
Pewarna biru dan purple
Acuan kertas

Cara-cara:
1. Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna biru dan purple dalam setiap adunan dan 1 adunan lagi dibiarkan dalam warna asal.
7. Masukkan adunan dalam plastik piping bag utk setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap adunan berwarna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalam acuan apam dan kukus selama 15 minit dengan api besar.
10. Bila telah masak, angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum dihidangkan.

Nota:
Jika tak suka warna-warni, atau tak suka warna biru dan purple, boleh gunakan warna pilihan sendiri.


Apam Ice-Cream Kukus

6:52 PM

(5) Comments


Sebenarnya buat apam ni dah kali yg kedua.. dulu penah buat gak tapi guna loyang jer. Baru kali ni guna papercup.. itu pun tak ada papercup yang cawan so guna aje la cupcake punya papercup. Tak apa lah guna apa pun tak kisah yang penting rasa dia memang sedap. Amik resepi dari RinnChan@FP.. jom kita layannnn

APAM ICE-CREAM KUKUS
(Resepi dari RinnChan)

Bahan-bahan

Bahan A:
250gm gula kastor ( Boleh dikurangkan sedikit utk kurangkan manis)
1 sudu besar ovallet
3 biji telur

Bahan B:
300gm tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking powder

Bahan C:
200ml air ice-cream soda

Pewarna Jingga.. atau apa2 warna yg anda suka
*CT tambahkan 1 sudu kecil orange paste utk menerbitkan sedikit rasa

Cara-cara:
1. Pukul Bahan A sehingga kembang dan pekat. (5 minit dengan mixer hi-speed)
2. Ayak Bahan B ke dalam adunan telur tadi dan kaup-balikkan sehingga rata.
3. Akhir sekali, masukkan air ice-cream soda dan kacau sebati.
4. Ambil sebahagian adunan dan warnakan dengan warna jingga. (CT perisakan dengan orange paste).
5. Sudukan adunan asal ke dalam papercup dan bubuh sedikit adunan jingga.
6. Kukus selama 10min - 15min. Balut tudung pengukus dengan kain supaya air tidak menitis ke atas apam.



CT Delima

Apam
Apam Ambon

9:30 PM

(4) Comments


Kuih apam ambon ni aku buat petang tadi kul 6.00 petang tau. Entah kenapa terlebih rajin lah pulak arini hehehe. Agaknya cuaca yang dingin dek hujan tu kot yang buat aku ni rajin sangat2 arini. Lagi pun perut ni sejak baik demam nak makan yang macam2 jer. Bukan ngidam tapi nak kembalikan semula tenaga yang dah hilang 2-3 arini. Tu yang dok nak makan jer tu.. kalau ada orang yang tolong masakkan untuk aku lagi ler syokkk! hahaha. Jom kita layan apam yang tak gebu ni ehh :-)

Apam Ambon
(Resepi dari Kak Ummi)

Bahan-bahan:
4 biji telur
100 gram tepung halus
2 sudu teh baking powder
110 gram gula halus
2 sudu teh ovalette
40 ml susu segar
40 ml minyak masak
2 sudu teh esen ros
sedikit pewarna merah

Cara-cara:
1. Panaskan pengukus.
2. Pukul telur, gula halus dan ovalette . Pastikan ia kembang dan gebu.
3. Kemudian masukkan tepung halus yang telah diayak bersama baking powder. Teruskan memukul.
4. Masukkan minyak masak dan susu segar. Kacau sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian warna asal dan satu bahagian lagi warnakan dengan pewarna merah.
6. Sapukan loyang dengan sedikit minyak (loyang bulat 8 in).
7. Tuangkan adunan putih, diikuti adunan merah secara berselang seli. Buat hingga adunan habis.
8. Alas penutup kukusan dengan kain nipis.
9. Kemudian kukus selama 30 minit atau sehingga adunan masak iaitu tak melekat pada lidi.



CT Delima

A

janganlah berzina

Doa Penebal Iman:
Allaahumma a'thinii iimaanan shoodiqon wa yaqiinan laisa ba'dahu kufrun wa rohmatan anaalu bihaa syarofa karoomatika fiddun-yaa wal aakhiroh

Maknanya:

Ya Allah! Berikanlah aku keimanan yang sejati dan keyakinan yang tidak disusuli oleh kekufuran, dan berilah aku rahmat yang untuk memperoleh kemuliaan kebesaranMu, di dunia dan di akhirat.
---------------------------------------------------------------------
DOSA ZINA DAN AKIBATNYA

Zina merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri, khususnya dan kepada seluruh umat amnya. Di zaman sekarang di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret kearah perbuatan keji ini, maka amat perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina, Kita semua hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus , hatta ,walaupun hanya mendekatinya. Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah:

1. Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara' (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2. Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3. Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4. Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5. Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6. Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah SWT mahupun sesama manusia.

7. Allah SWT akan mencampakkan sifat liar di hati penzina , sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

8. Pezina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya .

9. Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki 'qalbun salim' (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

10. Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah SWT maka Allah SWT akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan Allah SWT tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.

11. Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.

12. Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua,pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

13. Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14. Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakanakidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya , namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.

15. Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa . Jika dia ialah seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.

16 .Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab), Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas.

17. Pezina laki-laki bererti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.

18. Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya .

19. Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuhmartabat di mata masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.

20. Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit ganas seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.

21. Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah SWT akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan.

Demikianlah besarnya bahaya dosa zina, sehingga Ibnul Qayyim, ketika mengulas tentang hukuman bagi penzina, berkata: " Allah telah mengkhususkan had (hukuman) bagi pelaku zina dengan tiga kekhususan iaitu":

1. Hukuman mati secara hina (rejam) bagi pezina kemudian diringankan (bagi yang belum nikah) dengan dua jenis hukuman, hukuman fisikal yakni dirotan seratus kali dan hukuman mental dengan diasingkan selama satu tahun.

2. Allah SWT secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan terhadap penzina . Umumnya sifat kasihan adalah diharuskankan bahkan Allah SWT itu Maha Pengasih namun rasa kasihan ini tidak boleh sehingga menghalang dari menjalankan syariat Allah SWT. Hal ini ditekankan kerana orang biasanya lebih kasihan kepada penzina daripada pencuri, perompak, pemabuk dan sebagainya. Di samping itu penzinaan boleh dilakukan oleh siapa sahaja termasuk orang kelas atasan yang mempunyai kedudukan tinggi yang menyebabkan orang yang menjalankan hukuman merasa enggan dan kasihan untuk menjalankan hukuman.

3. Allah SWT memerintahkan agar pelaksanaan hukuman zina disaksikan oleh orang-orang mukmin dengan maksud menjadi pengajaran dan memberikan kesan positif bagi kebaikant umat.

BEBERAPA PERKARA PENTING YANG PERLU DIPERHATIKAN

1. Orang yang berzina dengan banyak pasangan lebih besar dosanya daripada yang berzina hanya dengan satu orang , demikian juga orang yang melakukanya berkali-kali dosanya lebih besar daripada yang melakukannya hanya sekali.

2. Penzina yang berani melakukan maksiat ini dengan terang-terangan lebih buruk daripada mereka yang melakukannya secara sembunyi-sembunyi.

3. Berzina dengan wanita yang bersuami lebih besar dosanya daripada dengan wanita yangtidak bersuami kerana adanya unsur perbuatan zalim (terhadap suami wanita), boleh menyalakan api permusuhan dan merosak keutuhan rumah tangganya.

4. Berzina dengan jiran lebih besar dosanya daripada orang yang jauh rumahnya.

5. Berzina dengan wanita yang sedang ditinggalkan suami kerana perang (jihad) lebih besar dosanya daripada dengan wanita lain.

6. Berzina dengan wanita yang ada pertalian darah atau mahram lebih jahat dan hina daripada dengan yang tidak ada hubungan mahram.

7. Ditinjau dari segi waktu maka berzina di bulan Ramadhan, baik siangnya atau pun malamnya, lebih besar dosanya daripada waktu-waktu lain.

8. Kemudian dari segi tempat dilakukannya, maka berzina di tempat-tempat suci dan mulia lebih besar dosanya deripada tempat yang lain.

9. Pezina muhson (yang sudah bersuami atau beristeri) lebih hina daripada gadis atau jejaka, orang tua lebih buruk daripada pemuda, orang alim lebih buruk daripada yang jahil dan orang yang berkemampuan (terutama dari segi ekonomi) lebih buruk deripada orang fakir atau lemah.

BERTAUBAT

Bertaubat ini bukan khusus hanya kepada penzina, bahkan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan jalan untuk terjadinya zina, membantu dan memberi peluang kepada pelakunya dan siapa saja yang ikut terlibat di dalamnya. Hendaknya mereka semua segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa yang pernah dilakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali melakukannya. Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan siapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji tersebut. Dengan demikian diharapkan Allah SWT akan menerima taubat itu dan mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan, dan ingatlah, tidak ada istilah 'putus asa' dalam mencari rahmat Allah SWT.

Allah berfirman, mafhumnya:
"Dan orang-orang yang tidak menyembah Allah yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka mereka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. " (QS. 25:68-70)
Sumber: Risalah Daarul Wathan judul Min mafasid az-zina, karya Muhammad bin Ibrahim al Hamd.

Minggu, 14 Februari 2010

FADHILAT DAN KHASIAT SURAH YAASIN

SURAH YAASIN amat tinggi darjatnya, jelas berkatnya dan terkenal keutamaannya. Di antaara yang turut memperkatakan tentang surah yaasin ialah hadith yang diriwayatkan dari Anas bin Malik R.A., ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap sesuatu mempunyai hati, dan hati Al-Quran ialah surah yaasin.”

Imam As-Sanusi dalam kitabnya ‘Al-Mujarrabat’ mengatakan bahawa diriwayatkan Rasulullah SAW berkata kepada Ali bin Abi Talib R.A.; “Bacalah surah yaasin, kerana didalamnya terdapat dua puluh (20) berkat. Orang yang lapar, membacanya akan kenyang. Orang yang haus, membacanya akan merasa segar. Orang yang telanjang, membacanya akan mendapat pakaian. Orang bujang, membacanya akan mendapat jodoh. Orang yang takut, membacanya akan selamat. Orang sakit, membacanya akan sembuh. Orang yang di penjara, membacanya akan dikeluarkan. Orang yang mesafir, membacanya akan dibantu dalam pemergiannya. Orang yang ditimpa kesusahan, membacanya akan dihilangkan kesusahannya. Orang yang sesat, membacanya akan mendapat petunjuk. Orang yang dicuri hartanya, membacanya akan dikembalikan ke tempatnya.”

Adapun khasiat dan kelebihan surah yaasin antara yang lain adalah seperti berikut:



1- Untuk Menghadapi Orang Jahat

Diceritakan dari Imam Abdul Hasan Asy-Syadzili, bahawa barangsiapa yang merasa takut terhadap orang jahat, maka hendaklah ia membaca surah yaasin dengan sempurna, lalu membaca doa di bawah ini, maka ia akan selamat dari kejahatan. Walaupun ia berjumpa dengannya.

“Dengan Asma Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dengan Asma Allah yang tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Melaksanakan. Dengan Asma Allah yang tiada Tuhan selain Dia yang mempunyai sifat mulia dan luhur. Dengan Asma Allah yang tiada kesengsaraan bagi sesuatu yang bersama asma-Nya di bumi dan di langit. Dia-lah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu dari perbuatan buruk…..bin…….”

2- Untuk Menghasilkan Hajat

Kaifiat 1 : Jika kita menghendaki berhasilnya hajat, maka setelah berwudhu’ dan sembahyang sunat selepas Isya’, bacalah surah yaasin sebanyak 41 kali. Setiap kali bacaan, berdoalah doa ini :

“Wahai zat yang mengatakan : Kun….(jadilah, maka yang apa dikatakan itu pun wajud), buatlah untukku….(sebutkan hajat anda).”

Kaifiat 2 : Barangsiapa membaca surah yaasin sebanyak 41 kali dengan niat supaya tercapai hajatnya, apa pun bentuknya, maka dikabulkan niatnya itu.

Kaifiat 3 : Jika anda menghendaki suatu hajat atau maksud, maka bacalah surah yaasin dengan sempurna. Ketika tiba di ayat 58 ulangi sebanyak 1,479 kali. Selepas itu sebutlah hajat anda dan mohonlah kepada Allah ‘Azza wa Jalla’, mudah-mudahan dengan izin Allah dikabulkan segera.

3- Dikabulkan Hajat Oleh Penguasa

Jika anda mempunyai kepentingan atau hajat pada penguasa atau orang besar agar dikabulkan, maka bacalah surah yaasin sebanyak dua puluh satu (21) kali dengan niat dikabulkan hajat anda, lalu anda mengadap padanya, insyaallah orang itu akan menghormati dan mengabulkan hajat anda.




4- Menikmati Kebahagiaan Dalam Hidup

Barangsiapa membaca surah yaasin pada permulaan hari, maka ia selalu gembira dan merasa tenang sampai menjelang malam. Jika ia baca pada permulaan malam, maka ia selalu gembira gembira dan tenang sehingga menjelang Subuh.

5- Untuk Mencardaskan Akal Fikiran

Tulislah surah yaasin dengan misik dan za’faran. Selepas itu hapuskan dengan air mawar dan minumkanlah kepada orang yang lembab akalnya selama 7 hari berturut-turut, mudah-mudahan dengan izin Allah, ia menjadi cerdas dan terang hatinya menerima kebaikan.

6- Mudah Menjelaskan Hutang

Kaifiat 1 : Barangsiapa membaca surah yaasin sebanyak 41 kali, tidak diselilingi dengan ucapan atau perkataan sampai sempurna. Selepas itu membaca doa di bawah ini lalu tidur, maka ia mendapat nafkahnya dibawah kepalanya.

“Ya Allah, jika rezekiku di langit, turunkanlah. Jika di bumi keluarkanlah. Jika di laut, nampakkanlah. Jika jauh, dekatkanlah. Jika dekat, mudahkanlah. Jika sedikit, perbanyakkanlah. Jika banyak mudahkanlah dan berkatilahkepadaku. Berilah aku rezeki dari mana yang aku rencana dan tidak aku rencana. Iaitu rezeki yang halal, baik, melimpah-limpah, mengalir, bertumpuk-tumpuk sehingga tidak ada seseorang diantara makhluk-Mu yang mendapatkannya. Rezeki itu diberikan kepadaku atas anugerah dari-Mu yang mendapatkannya. Jadikanlah tanganku diatas dengan memberikan. Dan janganlah Engkau jadikan tanganku di bawah dengan meminta. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa terhadap segala sesuatu.

Kaifiat 2 : Barangsiapa membaca surah yaasin sebanyak 3 kali dengan niat agar ia dapat membayar hutangnya, maka ia segera dapat membayar hutangnya.

7- Untuk Menyedarkan Orang Yang Pengsan

Barangsiapa menulis ayat 65 surah yaasin pada dahi orang yang sedang tidak sedar diri atau pengsan, maka ia segera berdiri, sedar kembali dan jin (makhluk halus) yang ada padanya berbicara melalui lisannya.


8- Menjauhkan Penyakit Menular (Wabak)

Barangsiapa membaca surah yaasin pada waktu terjadi penyakit menular 28 kali, maka ia diselamatkan dari jangkitan penyakit itu.

Mata Lelaki

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal
dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi
laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah
rambut wanita berkenaan.

Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup
rambutnya.



Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat
bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu
kepada
kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula
bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.


Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat
warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.
Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan
sangat.

Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.

Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga...
wasalam......................

Sabtu, 13 Februari 2010

Ayam Masak Cendawan

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
8 keping Cendawan hitam – direndam 1/2 jam
1 inci halia – dihiris
1 biji bawang besar – dihiris
6 ulas bawang putih – dicincang
4 ~ 5 tangkai cili padi
Sedikit kicap lemak manis
Sedikit sos tiram

Cara memasak:
Ayam dibasuh dan dipotong kecil-kecil. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang).
Panaskan minyak dan tumis halia. Bila sudah naik bau (halia menjadi kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tidak dibuang pun tak mengapa.
Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sebentar.
Masukkan kicap dan sos tiram. Tidak perlu diletakkan garam kerana sos tiram sudah memberikan rasa masin. Kacau sebati.
Selepas tu, masukkan air secukupnya mengikut kesukaan.
Bila sudah mendidih, masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).

Ayam Masak Halia

Disebabkan saya ni amat2 malas nak masak... so saya suka masak sesuatu yang amat simple... just need 10 minit tuk sediakan bahan and sampai ayam masak =)

Bahan-Bahan:
1. ayam lah kan - 3-4 ketul
2. bawang besar potong memanjang 1 biji
3. bawang putih 4-5 ulas (yg kecil2)
4. halia (banyak) dalam 3-5 inchi
5. sos tiram sesudu
6. garam
7. air

Cara-cara memasak:
1. goreng ayam sampai masak ( boleh dilakukan kemudian jika malas)
2. tumis bawang besar dan kecil
3. masukkan halia.
4. selepas goreng sehingga naik bau, masukkan ayam
6. masukkan sos tiram dan sedikit air. tambah garam secukup rasa.
7. tunggu ayam masak....
8. dah siap =)

Ayam Goreng Kicap

Dari website alfahanum.fotopages.com



Ayam Goreng Kicap

Bahan:

Ayam dipotong kecil
Sebuk kunyit
Garam
Ubi kentang
Minyak utk menggoreng
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Halia
Bawang putih
Bawang besar
Cili merah/hijau
Sos tiram
Sos tomato
Kicap
Serbuk lada hitam
Sedikit air

Cara

1. Gaul ayam dgn kunyit dan garam, goreng dan ketepikan.
2. Goreng ubi kentang dan ketepikan.
3. Dgn sedikit minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, halia, bawang putih, bawang besar dan cili.
4. Tambah sos tiram, sos tomato, kicap dan sedikit air.
5. Masuk ayam dan kentang yg telah di goreng tadi, gaul rata.
6. Siap di hidang.
· Posted by Q

Ayam Goreng Bawang Putih

Resepi Ayam Goreng Bawang Putih ni agak mudah. Bahan-bahannya pun senang di dapati. Sebagai resepi alternatif kepada ayam goreng biasa atau ayam goreng berempah.


Bahan Untuk Perap Ayam
6-8 ketul ayam
3 ulas bawang putih ditumbuk
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa

Bahan untuk tepung
2 cawan tepung jagung
3 ulas bawang putih ditumbuk
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa

Cara
Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam
Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas
Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

Ayam Bakar Madu

Bahan-bahannya

4 ekor ayam spring chicken

Bahan untuk dikisar

2 sudu besar serbuk cili

2 sudu besar serbuk ketumbar

1 ½ sudu teh serbuk jintan halus

2 batang serai

1 inci halia

1 inci kunyit hidup

¼ inci lengkuas

2 ulas bawang putih (besar, jika kecil guna 3 ulas)

1 biji bawang besar

2 sudu besar air limau kasturi

3 sudu besar gula pasir

3 sudu besar gula timbang

3 sudu besar madu

garam secukup rasa

serbuk perasa jika suka

Cara-caranya
Ayam dibersihkan dan dilumur dengan rempah yang telah dikisar.
Kemudian ayam diperap selama 30 minit, sebaiknya kalau boleh perap semalaman rasanya rempahnya akan lebih sebati dengan ayam.
Panaskan ketuhar pada suhu 170 – 180’C.
Atur ayam yang telah diperap diatas loyang dan boleh anda letak sedikit mentega supaya bila dibakar rasanya lebih sedap.
Bakar selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut masak. Sedia untuk dihidang.

Ayam Bersos Tiram & Cili Kering

Bahan-bahan

½ ekor ayam
3 inci halia - seelok-eloknya halia muda
2 biji bawang putih ( di hiris bulat)
1 biji bawang besar ( di hiris bulat)
8-10 tangkai cili kering ( di potong 2 inci)
3 sudu besar sos tiram Sedikit daun bawang
Sedikit garam dan serbuk perasa
Sedikit minyak
Sedikit air
Sedikit tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)

Cara Penyediaan

1. Ayam di potong kecil-kecil. Basuh bersih ayam tersebut dan lumurkan sedikit sahaja garam.

2. Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut selama 10 minit (agak-agak masak). Kemudian tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih (dengan minyak yg sedikit).

3. Bila agak garing masukkan ayam tadi bersama-sama sos tiram dan cili kering. Kacau dengan api yang perlahan.

4. Masukkan garam (agak-agak kerana sos tiram dan ayam tersebut telah masin) , serbuk perasa dan bancuhan tepung jagung tadi.

5. Bolehlah di angkat dan taburkan daun bawang tadi.

Kacang buncis goreng

Bahan-bahan
Kacang buncis - dipotong serong
1 tangkai lada merah - hiris

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1/2" halia


2 biji telur
1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak
1. Tumis bahan bawang besar, bawang putih & halia sampai wangi.
2. Masukkan sos tiram dan sedikit air, kemudian kacau rata dan biar kering sikit.
3. Pecahkan telur dan biarkan telur masak kemudian kacau rata-rata.
4. Masukkan hirisan lada merah dan karot. Biarkan sekejap untuk karot masak separa.
5. Masukkan kacang buncis kacau rata and masak untuk seketika.
6. Siap dihidang.

Kamis, 11 Februari 2010

berTASBIH bersama bintang,..

“Dan sungguh Kami telah menciptakan bintang di langit dan menjadikannya terasa indah bagi orang yang memandangnya” (al-Hijr[15]:16)
Mari melihat bintang yang berada di langit malam, Yang kelihatan indah pada pandangan mata. Tuhan sendiri mengatakannya ia sengaja menciptakan bintang itu sebegitu indah, supaya orang yang memandang akan merasa takjub melihat keindahannya..

Agaknya agar manusia mencari tahu siapa yang menciptakan bintang yang sebegitu indah

Kenapa bintang diciptakan?

Tidak ada sesuatu pun yang Allah ciptakan melainkan dengan tujuan yang tersendiri
“ Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka persekutukan”(An-Nahl[16]:3)

“ Dan menciptakan tanda-tanda petunjuk jalan. Dan dengan bintang-bintang mereka mendapat petunjuk” (An-Nahl[16]:)

“Yang menciptakan tujuh langit berlapis lapis. Tidak kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu lihat sesuatu yang cacat? Kamu ulangi pandangan kamu sekali lagi dan sekali lagi, niscaya padanganmu akan kembali kepadamu tanpa menemukan cacat dan padanganmu dalam keadaan letih. Dan sungguh kami telah hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang. Kami jadikan itu sebagai alat pelempar syaitan dan kami sediakan bagi mereka azab yang menyala-nyala.” (Al-Mulk[67]:3-5)
Itulah kehebatan disebalik ciptaan bintang… Allah telah bersumpah dengan langit yang mempunyai gugusan bintang dalam surah khas iaitu al-Burujj (gugusan-gugusan bintang).
Surah ini dimulakan dengan sumpah Allah:

“Demi langit yang mempunyai gugusan-gugusan bintang”.

Kebanyakan surah ini menceritakan tentang kecaman Allah terhadap orang-orang
yang menentang Muhammad SAW. Akan mengalami kehancuran sebagaimana umat-umat
terdahulu yang menentang Rasul-Rasul mereka.

‘”sungguh, orang yang mendatangkan cobaan (bencana,
membunuh dan menyiksa) orang-orang mukmin lelaki dan perempuan lalu mereka tidak
bertaubat, maka mereka akan mendapat azab jahannam dan mereka akan kekal
mendapat azab (neraka) yang membakar” (al-Buruj[]:10)
Dan bagi orang yang beriman akan mendapat balasan yang mulia iaitu syurga.
“sungguh, orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan, mereka akan mendapat syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, itulah kemenangan yang agung.” (Al-Buruj[85]:11)

Begitu hebat bintang sehingga Allah bersumpah dengan bintang…. Kerana Allah ingin mnjelaskn kepada kita tentang tanda-tanda kebesarannya..Dia ingin kita sentiasa mengingat-Nya…


“Dan dia menundukkan malam, siang, matahari, bulan untukmu, dan bintang-bintang dikendalikan dengan perintahn-Nya. Sungguh yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang mengerti” (An-Nahl[16]:12)

Tidakkah kita terharu, sebegitu hebat ciptaan bintang hingga ramai yang sebegitu takjub dengannya, manusia juga sanggup membina peralatan-peralatan yang mahal dan canggih semata-mata untuk mendalami ilmu tentang bintang, tetapi disebalik itu Allah mengatakan bahwasanya Dia ciptakan bintang itu untuk kita, sebagai tanda kepada kita supaya kita ingat akan-Nya.

Maka tidakkah kita mahu ingat???

Marilah insan yang mempunyai akal fikiran, marilah memuji Allah Tuhanmu dengan sebesar-besar pujian, subhanallah Ya Tuhanku tidaklah Kau ciptakan ini semua dengan sia-sia…ampunkanlah kami hamba-Mu yang lalai dalam mengingat-Mu..

Marilah bertasbih seperti bintang yang tanpa henti-hentinya bersinar patuh dengan perintah Tuhan….marilah bersujud seperti bintang dengan mengetahui hakikat dirinya adalah hamba yang perlu patuh pada peraturan Tuhan Yang Maha Pengasih

“Segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi semua bersujud kepada Allah” (An-Nahl[16]:49)

"Apakah kamu tiada mengetahui, bahwa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit dan di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebahagian besar daripada manusia? Dan berapa banyak di antara manusia yang telah ditetapkan azab keatasnya. Dan barangsiapa yang dihinakan Allah maka tidak seorang pun yang memulaikannya. Sesunguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki." (Al-Anbiya[21]:81)

Marilah wahai insan marilah kembali kepada Tuhanmu yang Maha pengasih, Dia sentiasa menunggumu untuk memanggil nama-Nya..

Dia sentiasa bersama kita, jika kita mengingat-Nya secara berseorangan, Dia akan mengingat kita secara sendiri juga

Pujuk lah hatimu untuk menunjukkan ketaatan dengan amal soleh, dengan bersujud di tengah malam.. pujuklah hatimu untuk taat seperti bintang… Allah sedang menunggumu.. Dia sentiasa rindu untuk mendengar kau berdoa dengan rasa rendah diri kepada-Nya

Mintalah… Tuhamu akan kabulkan permintaanmu.. mintalah Cinta-Nya.. jika kau ketahui bahwa tidak ada harta yang lebih bahagia, tidak ada rasa yang lebih indah daripada Cinta Allah.. dan cinta itu tak pernah pudar walau diberi kepada seluruh umat dari yang pertama higga akhir zaman..

Ayah dan ibu yang kau cinta akan berpisah denganmu bila maut menjemput..

Harta jua begitu…

Maka harta apa lagi yang tinggal denganmu wahai insan…

Ketahuilah dengan Cinta Tuhanmu sajalah yang akan sentiasa kekal bersamamu hingga akhirnya… dunia dan akhirat.



ila mardatiLlah..

sumber=halaqah-online