Jumat, 29 Januari 2010

ANTARA MUSIBAH DENGAN TAKDIR

credit: forwarded emails, TQ!
Cari eBlog U%^ a*U q H i

Agar kita rela menerima apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. kepada kita, maka di dalam hal ini perlu kita mengetahui hakikat daripada takdir yang telah ditentukan Allah SWT kepada kita itu. Dengan demikian kita akan mengetahui mana-mana akan ketentuan-ketentuan yang harus kita terima dengan seadanya, dan ketentuan-ketentuan yang perlu untuk kita berusaha merubahnya.
Di dalam hal ini ada dia takdir yang perlu kita ketahui iaitu:
A. TAKDIR MUBRAM
Yang dimaksudkan dengan takdir mubram ialah qadha dan qadar yang tidak dapat untuk dielakkan, ianya pasti terjadi pada diri manusia sedangkan manusia tidak mempunyai kesempatan atau tidak ada ikhtiar untuk memilihnya.
Sebagai contoh:
Ketentuan tentang jenis kelamin lelaki atau perempuan, terjadinya hari kiamat, tibanya ajal maut dan yang lain sebagaimana firman Allah SWT maksudnya:
"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat pula memajukannya:"
(Al-Araf:34)
Dengan ini kita semua tahu akan takdir mubram ini adalah satu takdir yang tidak dapat manusia nak elakkan.
B. TAKDIR MU'ALLAQ
Yang dimaksudkan dengan takdir mu'allaq ialah qadha dan qadar yang bergantung kepada ikhtiar seseorang, usaha menurut kemampuan yang ada pada manusia. Dalam menghadapi takdir seperti ini Allah telah mengurniakan akal fikiran iaitu anugerah yang paling baik untuk berusaha ke arah tercapainya cita-cita.
Bangsa yang dijajah akan berusaha untuk merdeka.Orang yang termasuk dalam lumpur akan berusaha naik ke tempat yang selamat, orang yang sakit akan berusaha pergi berubat supaya lekas sihat ini adalah semua jalan usaha manusia untuk merubah keadaan dari sesuatu keadaan yang tidak baik kepada keadaan yang sempurna.
Sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah firmannya:
"Sesungguhnya Allah tidak akan merubahkan keadaan (nasib) seseuatu bangsa sehingga bangsa itu mahu merubah keadaan (nasib) mereka sendiri."
(Ar-Ra'ad: 11)
Justeru itu, sebagai makhluk yang berakal, sebenarnya manusia harus bertanggungjawab diatas kelakuannya sendiri kerana segala perbuatan itu dilakukan dengan kesedaran.
Firman Allah SWT maksudnya:
"Apa saja nikmat yang kamu perolehi adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri."
(An-Nisa':79)
Ayat Al-Quran di atas menjelaskan bahawa apa saja kenikmatan dan kebaikan yang diperoleh manusia adalah dari anugerah Allah, akan tetapi nasib yang menimpa manusia itu tidak terlepas daripada kesalahan memilih,salah sangka, salah jalan,salah usaha, baik dengan sengaja ataupun tidak.
Firman Allah SWT maksudnya:
"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adlah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)".
(asy-Syura :30)
Orang-orang yang beriman akan menerima segala takdir Allah itu dengan penuh rasa kesabaran dan kerelaan, kerana ia mengetahui bahawa dirinya tidak mungkin dapat melawan kehendak Allah Ta'ala ketahuilah bahawa diri sedang diuji oleh Allah SWT.
Begitulah juga yang telah ditakdirkan Allah dengan kehidupan kaya atau miskin sebagaimana firman Allah Ta'ala maksudnya:
"Bahawa Dia yang membuat orang kaya dan miskin."
(An-Najm:48)
Pada yang kaya hendak bersyukur dan gunakanlah harta ke jalan Allah sebaliknya Allah SWT. juga yang menentukan takdir seseorang itu hidup dalam kesusahan, kemiskinan akan selalu diterima nya dengan rasa syukur sebagai nikmat dan ujian dari-Nya.
Firman -Nya:
"Bahawa kepada Tuhanmulah akhir kesusahan."
(An-Najm:42)
Begitu juga dengan takdir kematian. Takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada seseorang tidak sama sekali dapat dielakkan. Pakailah kamu baju besi , duduklah kamu dalam bilik besi namun tidak sama sekali ajal itu dapat dielakkan. Kalau kamu ditakdirkan mati akibat kemalangan bagaimana keadaan selamat pun kamu tetap akan berada ditempat kejadian.
Maksud firman Nya:
" Katakanlah: sekiranya kamu berada di rumahmu, bagi orang -orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh, dan keluar juga je tempat mereka terbunuh."
(Al-Imran:154)
Dan sama sekali kita tida boleh mengelakkan kematian. Firman AllahTa'ala maksudnya:
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu akan dikembalikan. Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh, sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada tempat-tempat yang tinggi dalam syurga, yang mengalir sungai-sungai dibawahnya, mereka kekal didalamnya. Itulah sebaik-baik pembalasan bagi orang-orang yang beramal.Iaitu yang bersabar dan bertawakal kepada Tuhannya."
(Al-Ankabut:57-59)
Cari eBlog N @.t1b V

Tidak ada komentar:

Posting Komentar