Sabtu, 23 Oktober 2010

HADIAH ISTIMEWA UNTUK SI KECIL



Membeli barang-barang kegemaran anak-anak adalah cara yang paling mudah untuk memberi hadiah. Tetapi saya rasa adalah amat istimewa jika kita membuat sendiri hadiah tersebut, kerana anak-anak akan lebih menghargainya. Di sini saya paparkan cara yang mudah untuk membuat coklat berbentuk beruang dan kucing yang comel yang tentu disukai oleh anak-anak.

Mold ini sebenarnya ialah mold ice yang boleh dibeli di pasaraya (~RM5 saja).

Untuk lebih menarik gunakan dua jenis coklat, contoh hitam dan putih. Perlu diingatkan kedua-dua coklat mesti dari jenis yang sama, samada coverture atau compound. Di sini, coklat hitam digunakan untuk mewarnakan bow dan mata yang terdapat pada mold. Sejukkan dalam peti sejuk sebentar sebelum mengisi coklat putih.

Coklat putih bercampur sedikit kekacang eg pistachio atau badam yang dicincang, diisi penuh ke dalam mould. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga coklat keras dan boleh dikeluarkan dari mold
Coklat boleh disusun dalam bekas hadiah

Atau dipek satu-satu dalam bekas plastik dan dibubuh dalam beg comel

Selamat mencuba!